3 SECRET STRATEGY Yang Bakal Kalahkan Pesaing Anda


Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi semua business owner baik offline ataupun online kerana dari hari ke hari semakin ramai muncul pesaing. Kalau Anda tak update marketing strategi di tahun ini bisnes anda pasti akan jatuh.

Pada post kali ini saya nak share kepada Anda 3 strategi yang saya apply di bisnes saya sendiri. Praktikkan & rasakan manfaatnya.

Strategy #1

Gunakan viral marketing. Dalam pemasaran ada dua reach iaitu paid reach (FB Ads, Google Ads etc) dan organic reach (percuma). Dengan teknik viral marketing ini anda boleh menurunkan dan mengurangkan kos iklan yang berbayar dalam waktu yang sama akan meningkatkan reach.

Strategi viral marketing yang saya gunakan adalah dengan menghasilkan video soft selling yang bermanfaat dan menghibur. Video ini sudah saya buatkan Custom Audience untuk tampung audience yang pernah menonton dengan tujuan untuk retargeting.

Saya jalankan beberapa iklan dengan interest yang berbeza. Setelah 7 hari baru saya optimize mana satu iklan yang punya banyak engagement. Iklan yang saya gunakan di sini adalah page post engagement & video views. The point is always keep testing untuk dapatkan reach yang besar dengan kos yang rendah. Jika video anda bagus, maka efek viral akan terjadi.

Strategy #2

Gunakan semua platform. Saya ingin memperkenalkan satu konsep dari Mario Brown iaitu Massive Imperfect Action. Di sini beliau mengajarkan untuk mendatangkan traffic secara brutal gunakan semua media sosial atau platform yang ada.

Jangan terkotak hanya di Facebook gunakan Pinterest, Snapchat semua yang ada. Tujuannya? Untuk mendatangkan pengunjung sebanyak banyaknya dan meningkatkan trust pada pelanggan yang research mengenai bisnes anda.

Strategy #3

Jalin network seluas-luasnya. Network is Gold. Semakin luas network anda, semakin besar peluang yang boleh anda dapatkan. Mulailah berhubung dengan usahawan-usahawan dalam semua industri. Ketika meeting dengan mereka bagi mereka value dan kalau boleh tawarkan bantuan anda kepada mereka. Tujuannya adalah untuk membangun hubungan dan trust.

Yang saya lakukan adalah saya selalu mengikuti seminar program keusahawanan sama ada itu percuma atau berbayar untuk membangun network. Jangan fikir hanya untuk waktu ini tapi berfikirlah untuk 5 tahun ke depan bagi bisnes anda.

Semoga 3 strategi ini boleh membantu anda. Selamat maju jaya.

P.s Tolong share artikel ini jika bermanfaat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel