5 Bisnes Online Untuk Student Yang Laris Di Tahun 2020


Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar. Bukan saja kerana ekonomi yang tidak stabil tapi tingkat persaingan dalam dunia kerja yang juga semakin sengit.

Itu sebabnya, pada post kali ini saya akan membantu para pelajar untuk mengenal 5 jenis bisnes online yang sesuai untuk dijalankan di tahun 2020 ini.

1. Dropship

Dropship adalah satu jenis perniagaan di mana anda mencari dan menjual barang atau perkhidmatan orang lain untuk mendapatkan keuntungan. Dalam hal ini anda tidak perlu stok barang atau menghantar barang kepada pelanggan.

Tugas anda hanya untuk mencari dan mempromosikan barang kepada pelanggan. Salah satu platfom yang boleh anda gunakan untuk menjual adalah Shopee.

2. Blogger

Seperti blog yang anda sedang baca ini. Jangan salah sangka pendapatan seorang blogger boleh melebihi gaji seorang guru jika anda tahu caranya. Cara untuk memulai adalah sangat mudah, buka sebuah website sama ada yang percuma seperti blogger atau berbayar seperti Wordpress dan mulai menulis konten.

Saranan saya adalah mulailah menulis dengan apa yang anda sukai. Ketika blog anda sudah mulai memiliki pengunjung barulah memohon Adsense. Ketika Adsense anda sudah diterima anda boleh memasang iklan di website dari sana anda akan mendapatkan pendapatan.

3. Freelancer

Anda membuka jasa atau perkhidmatan dalam kepakaran anda. Sebagai contoh anda pakar dalam melukis potret wajah orang. Anda boleh membuka jasa sebagai seorang freelancer untuk menyalurkan kepakaran anda dan mendapatkan pendapatan dari sana. Antara platform yang banyak digunakan oleh orang untuk jasa freelancer adalah Fiverr.

4. Jual Produk Digital

Produk digital yang dimaksudkan adalah seperti e-book, audio atau video. Dalam hal ini anda mengajarkan sesuatu kepada orang melalui produk digital ini. Jangan salah dengan cara yang tepat anda boleh menjana pendapatan yang sangat besar dalam menjual produk digital.

Bayangkan saja ketika anda menjual sebuah panduan yang berharga RM50. Jika ada 1,000 orang yang membeli panduan anda, maka anda boleh menjana sehingga RM50,000.

5. Jual Produk Fizikal

Seorang sahabat saya dapat menjana keuntung sampai 5 angka hanya dengan menjual produk kosmetik. Yang uniknya sebelum barang itu tiba di Malaysia barang itu sudah habis diorder orang. Bayangkan semudah itu. Dalam hal ini sahabat saya ini adalah seorang yang berpengalaman dan memiliki hubungan dengan banyak pelanggan.

Itu kuasa networking & marketing. Menjual produk fizikal boleh menjadi pilihan anda jika anda mempunyai sumber seperti stok dan salurang pemasaran yang baik dan cukup.

Kesimpulan

Mana yang sesuai untuk saya? Jawapannya adalah tergantung keadaan anda. Kuncinya hanya dua konsisten & tetap maju pantang menyerah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel